Tuesday, May 19, 2009

65 peratus penduduk Pantai Teluk dikategori miskin tegar

65 peratus penduduk Pantai Teluk dikategori miskin tegar

PANTAI TELOK - Pemimpin di sini berharap supaya pihak berkenaan memberi tumpuan yang lebih dalam mengatasi masalah kemiskinan di kawasan ini, berikutan hampir 65 peratus penduduk termasuk dalam kategori miskin tegar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pantai Telok, Busu Yaakub berkata, pihak berkenaan diharap dapat mengkaji kembali permohonan bantuan yang dikemukakan dan telah mendapat sokongan daripada JKKK kerana calon yang hendak dibantu itu layak mendapat pertimbangan.

“Kebanyakan calon yang kami kemukakan kepada pihak berkenaan layak menerima bantuan dalam pelbagai bentuk kerana kami sendiri telah menyelidik latar belakang calon tersebut.

“Lagi pun, calon ini adalah anak jati daripada kampung ini, jadi kami sendiri tahu bagaimana kehidupan sebenar mereka di sini,” katanya.

Busu berharap pihak berkenaan membuat penilaian kembali permohonan tersebut dan turun padang melihat sendiri kedaifan penduduk terlibat.

“Majoriti penduduk di sini miskin kerana mereka hanya bergantung dengan hasil laut sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment