Friday, January 9, 2009

Pas sokong projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud

ARKIB : 09/01/2009

Pas sokong projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud

09/01/2009 10:47am

KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dan menyokong usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) mewujudkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bagi kemudahan jemaah haji di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur.

Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata dengan adanya lapangan terbang itu, penduduk di negeri ini tidak lagi perlu bersusah payah memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebaliknya boleh menaiki kapal terbang secara terus ke Jeddah.

“Kita sokong pembinaan lapangan terbang itu. Orang tak payah dah pergi ke Kuala Lumpur (KLIA). Boleh terus naik dari sini terus ke Mekah. Ini memudahkan jemaah haji di Terengganu, Kelatan dan Pahang,” katanya pada sesi ceramah PAS di Kampung Tok Nasek di sini.

Penerbangan terus ke tanah suci bermula tahun lepas, setelah kerajaan Terengganu menaik taraf LTSM itu membabitkan kos RM400 juta, bagi membolehkan pesawat Boeing 747 mendarat di situ sejak September lepas.

Projek pembinaan LTSM itu, dimulakan sebaik sahaja BN mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PAS pada 2004. - Bernama

No comments:

Post a Comment